Ujian Psikologi

UJIAN PSIKOLOGI YANG DITAWARKAN

  1. Indikator Perwatakan Unggul (IPU)
    • Indikator ini bertujuan menilai perwatakan individu dari tiga aspek utama iaitu pemikiran, emosi dan tingkah laku.
    • Indikator ini mempunyai sembilan tret perwatakan dan satu tret kebolehpercayaan bagi menilai tahap konsistensi calon menjawab soalan dalam indikator ini.

  2. Indeks Bimbingan Kerjaya (IBK)
    • Indeks ini bertujuan melihat kecenderungan individu terhadap pemilihan kerjaya atau bidang pengajian yang bersesuaian dengan personaliti diri.
    • Indeks ini mempunyai enam dimensi personaliti yang dikaitkan secara umum dengan enam dimensi kerjaya atau bidang pengajian.

  3. Indeks Personaliti (IP)
    • Indeks ini bertujuan melihat personaliti dari empat aspek utama iaitu perhubungan sosial, pemprosesan data, pemprosesan keputusan dan pengamalan gaya hidup.
    • Indeks ini mempunyai 16 dimensi personaliti dengan penekanan diberikan kepada enam kriteria iaitu jenis perwatakan, jenis pekerjaan, cara gaya pengurusan perubahan, cara gaya kepimpinan, persepsi dan reaksi terhadap stres.

  4. Inventori Stres Organisasi (ISO)
    • Inventori ini bertujuan melihat tahap stres yang dialami oleh individu berdasarkan kepada empat aspek iaitu punca stres, tindak balas terhadap stres, orientasi terhadap stres dan kemahiran menangani stres.
    • Inventori ini mengukur punca stres berdasarkan kepada ukuran dan reaksi. Orientasi terhadap stres pula diukur berdasarkan kepada aspek pengurusan diri dan masa, manakala kemahiran menangani stres berdasarkan kepada keupayaan mengendalikan stres.

  5. Indeks Pengurusan Konflik (IPK)
    • Inventori ini bertujuan melihat pengurusan konflik individu berdasarkan kepada cara gaya, ekspresi dan reaksi.
    • Inventori ini mempunyai enam cara gaya individu menguruskan konflik dan empat cara gaya individu membuat ekspresi dan memberikan reaksi terhadap konflik.

  6. Indeks Motivasi Diri (IMD)
    • Indeks ini bertujuan melihat faktor, punca dan tahap motivasi individu.
    • Inventori ini mempunyai 15 faktor peribadi yang memotivasikan diri, tiga punca motivasi, tiga aspek motivasi pekerjaan dan tiga tahap motivasi dari aspek kepimpinan.

  7. Indeks Organisasi Cemerlang (IOC)
    • Indeks ini bertujuan mengenal pasti isu psikologi yang mungkin perlu diberi perhatian oleh organisasi seperti stres, motivasi dan sikap.
    • Indeks ini mempunyai enam konstruk yang melihat isu psikologi dalam organisasi dari aspek personaliti, iklim organisasi, keberkesanan organisasi, nilai organisasi, tingkah laku bermasalah dan kepimpinan.

  8. Ujian Minda Sihat (DASS)
    • Ujian saringan minda sihat merupakan ujian untuk mengukur tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan serta daya tindak.


HUBUNGI KAMI DI TALIAN 03-8882 3009 / 03-8882 4117 UNTUK MENGAMBIL UJIAN YANG DIPERLUKAN.

 

Penafian

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.

Statistik Pelawat

website counter widget

Alamat

Unit Pengurusan Psikologi
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Dasar Saraan Dan Pengurusan
Kementerian Kewangan Malaysia
Aras 3, Blok Selatan
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 W.P PUTRAJAYA